Aku selalu menulis kerana itu sebahagian dari tugas hakiki. Namun ada kalanya aku ingin menulis sesuatu yang santai. Aku ingin bercerita tentang pendapat dan pandangan aku pada sesuatu yang aku lihat dan alami. Percubaan untuk membawa keluar sains dan teknologi dalam bentuk yang mudah dan menarik. Percubaan yang aku kira berani (namun jauh di sudut hati aku sangsi pada komitmen aku sendiri). Aku akan hanya kaitkan sains dan teknologi berasaskan pengalaman dan pengetahuan sediaada dan spontan sahaja.
Aku mendapat ide untuk membuka blog sendiri bila aku membaca blog yang ditulis oleh abangku. Walaupun selama blog wujud di alam siber, aku tidak pernah terlintas untuk menjadi sebahagian darinya. Aku mungkin orang terakhir.
Bloggers pernah menjadi isu hangat sekitar pilihanraya umum 2008. Tomahan, celaan menghujani ruangan angkasa Malaysia melalui pelbagai gelombang bunyi yang dipantul melalui satelit mahupun fiber optik. Mujur kita dihijabkan Pencipta dari melihat gelombang bunyi, magnet dan sebagainya jika tidak jenuh kita nak mengelak turutan demi turutan perkataan yang bersimpang siur di udara. Subhanallah.
Gelombang bunyi dan magnet misalnya adalah antara benda yang tidak dapat dilihat dan dirasai tetapi wujud dan dapat dibuktikan dengan perantara. Tanpa handphone kita tidak dapat mendengar suara ibu yang sedang berada di rumah.Tanpa computer berinternet, kita tidak dapat melihat dan membaca blog orang lain, tanpa TV, kita tidak dapat melihat siaran lansung yang sedang berlaku di luar sana.
Berbalik cerita gelombang, apakah ia makhluk halus? Wujud tetapi tidak dapat kita lihat. Bagaimana bila seseorang dapat merasai seseorang? Adakah gelombang khusus dipancarkan kepada kita lalu kita merasainya?
Pernahkah anda merasai/mengingati seseorang secara tiba-tiba, dan belum sempat kita mendail no telefon, dia sudah pun berasa di talian. Adakah itu kebetulan atau suatu pancaran gelombang berfrekuensi tinggi yang dipancarkan khusus untuk kita. Bagaimana jika kita boleh membangunkan gelombang ini supaya kita suatu hari nanti dapat berkomunikasi secara percuma tanpa secara perantara yang mahal-mahal belaka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment