Saturday, June 21, 2008

kisah bunga kantan

Semalam, 21hb. Jun 2008, saya ke Parit Hj Khamis, Batu Pahat, Johor. Tujuannya hantar rombongan "sambut menantu" dua pupu belah Mak, Dr Rosmaliza Kamaruddin (doktor perubatan, bukan doktor falsafah macam saya). Rombongan kami ditempatkan di rumah'bekas guru' saudara belah pihak pengantin lelaki. ...aik cerita kawin! mana cerita bunga kantannya?

Paling menarik bagi saya pengemar pokok dan herba, rupa-rupanya tuan rumah, rumah persinggahan kami ialah toke bunga kantan. Terpampang dibangsalnya papan tanda " Jabatan Pertanian, projek tanaman bunga kantan 'Pheoameria speciosa'. 10 hektar". Apa lagi, tak cukup tanah saya melangkah laju ke bangsal dan terus masuk kawasan kebun. Tuan rumah pun belum sempat saya hulur tangan. (Lagi malang, sampai ke sudah saya tak bertanya nama tuan rumah). Cuma dari maklumat yang saya dapat dari Ayah, dia bekas cikgu.

Namun, saya sempat berbual panjang lebar pasal bunga kantan. Banyak ilmu baru yang saya dapat pasal bunga kantan....

1) Ada bunga kantan warna ungu rupanya. Saya ada ambil gambar pokok, bunga dan buahnya juga...paling best dapat anak benihnya juga. Pagi tadi saya dah tanam belakang rumah. Semoga hidup subur dan membiak. Pengalaman saya tanam kantan sebelum ni tak ada masaalah, rumpunnya segar, gemuk dan tinggi lampai....pendek kata nak buat laksa penang atau goreng kobis tak payah beli. Tapi pokok kantan depan rumah dulu tu kantan biasa yang bewarna samar (pink). Kat bahagian bawah nanti saya berikan khasiat bunga kantan biasa ya! sekarang nak cerita pasal bunga kantan putih pulak.

2) Ada bunga kantan warna putih. Masa saya ke rumpun kantan putih, terdapat satu kuntum bunga yang masih kembang...memang putih!!!!.ya sudah tentu saya ambil gambarnya dan anak benihnya juga. Kata cikgu, anak benih kantan tak boleh dipotong batang sulurnya...biarkan panjang. Benih yang elok ialah umbinya ada tunas dengan sulur 4-5 kaki panjang. Yes, panjang tu kalau nak angkut dengan kereta. Jadi bayangkanlah macamana saya angkut benih kantan tu balik ke JB dalam kereta. (fortunately, my husband was so kind to 'layan' saya bawak balik anak pokok tu even umbi-umbi pokok were at his feet at the driving sit...limited space. Thank you so much).

3) Ada bunga kantan yang warna jingga (ini extra info bila saya buat internet search!!!). Kebanyakannya di Hawaii. Angola n few other African countries have their stems with kantan faces. So kantan is indeed international. In fact there is on subspecies name after malaysia, Pheoameria malaysiana. How more cool can that be.

4) Kantan warna merah terang. Rumah persinggahan kami riuh rendah. Dalam kesibukan melayan tetamu, cikgu sempat beritahu saya bahawa terdapat satu lagi rumpun kantan yang bunganya merah...merah menyala (kaya orang Terengganu) sambil menuding ke arah warna merah tudung yang dipakai pengantin perempuan. Saya cuba pujuk dia tunjukkan rumpun itu tapi cikgu kata kena datang lain kali... walaupun saya kata tak mungkin saya dapat peluang untuk ke sana lagi. He insisted me to contact Pejabat Pertanian Batu Pahat to get excess to the kantan orchard next time....apa lagi yang saya boleh buat. I can't be that selfish! Besides, saya ahli rombongan pengantin, bukan lawat kebun.

4) Alah (mati) bila lama berendam air banjir. Banjir besar di Johor tenggelamkan perdu kantan 1 1/2 kaki masa banjir besar tempoh hari. Cikgu dah buat business bunga kantan for 16 years. Pheuwwww. He is the kantan expert. With 50,000 stalks/month at what price? (I forgot to ask). Let assume RM0.20/stalk harga kebun (market JB price...RM0.60-1.00/stalk depending on size). Tanah pada perdu pokok kantan sangat lembut...cushioning..most probably due to tanah gambut (peat soil) nature of this Batu Pahat area and in most of Johor low land. He uses EM technology for soil fertilising...that is something in common with me. But he uses baja dagang as well...lupa nak tanya pasal pembajaan.

5) Pokok kantan ada biji....rasanya manis-manis masam.

6) Khasiat pokok kantan. Selain dibuat ulam rampai laksa johor dan dalam kuah laksa penang, bunga kantan sangat sedap dicampur dalam goreng kubis. Caranya, hiris bunga kantan halus (0.5cm gitu) dan digaul bersama kubis...gorenglah seperti biasa. SEDAP dimakan dan cantik dipandang (gabungan putih kehijauan dan pitih kemerahan). Batang pokok kantan jangan dibuang begitu saja. Potong pendek 1-2 inci, siat kulitnya, tumbuk lumat batang dan perah buang airnya (atau simpan untuk disiram pada pokok bagi kalau serangga). Serat batang kantan disalut dengan ayam (buat bumbu), peram seketika dan masak.....sedap!!!

7) Jus batang pokok kantan boleh digunakan untuk hilangkan cika kuku kaki...satu hari anak saya mengadu ibu jari kakinya bengkak cika kuku...dan mula bernanah. Knowing that I always pick any leaves and use it as poultice for her minor cuts and rashes, she begged me to do something to heal the pain. To maintain her trust, I suddently have this idea of using the juice of kantan knowing its chemical and anti-fungi/bacterial properties. To my supprise the effect was considered immediate. The swollen toe completely healed with less than 6 hrs. I considered that a blessing from Allah. Sending remedy just at the corner of my house.

8) From my observation of planting few species of Zingerberaceae family, kantan has no enemy at all but grow with prosperity invading through rhizome even on hard laterite soil. Have I observe the fruit on the dried rotten flower before? NO. Never cross my mind it exist.


Well... that is my bunga kantan story. I will take a better look at them now that I have 3 varieties of kant an on my hand.

3 comments:

Synchronous said...

salam.
menarik gak baca pasal kantan ungu. mak kat kg tanam kantan yg dark pink. tak pernah lagi nampak yg 'merah'. yg pale pink tu biasa nampak kat pasar.
elok ke tumbuhnya, kantan purple and putih tu? nanti kalau dah ada anak benih, interested gak nak obtain some :)
-neta-

kamariah said...

Salam... cerita you tentang bunga kantan tu amat menarik hati...saya peminat bunga kantan. Bunga kantan bukan sahaja harum tapi cantik dan besar, juga tahan lama. Sekiranya puan/tuan (minta maaf kalau silap) boleh tak saya beli bibit kantan berwarna purple dari puan? tolong email saya melalui kamariahmohdyassin@yahoo.com, saya akan bayar postage nya. di negeri saya Sabah ada terdapat warna putih, orange, pink dan sedikit merah. Bukan saya yang punya tanaman tapi orang berbangsa Cina, jauh kot kebun dia, kereta naik atas bukit..memang banyak bunga kantan disana...

kamariah said...

Best juga membaca cerita tentang bunga kantan nie... saya peminat bunga kantan, makan suka dan bunganya pun saya suka. Bunga kantan ini berkilat seperti plastik...wangi dan tahan lama. resipi yang biasa saya buat ialah...tahu tak sotong dalam tin tu? saya rasa brand 'REX'...you koyak2 kecil, peras air limau sikit, bubuh cili padi, bawang merah hiris dan paling best...bunga kantan hiris dan plus....batang umbut kantan yang muda...hiris2..hemmm sedap... Oh ya, boleh tak saya membeli benih pokok bunga kantan yang berwarna ungu dari puan? di Sabah nie ada kantan warna putih, orange, putih dan pink ja.. please...jual kat saya warna ungu...boleh tak? my email kamariahyassin@hotmail.com